1,291 kes baharu Covid-19, 3 kematian –


Sebanyak 1,291 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, dengan tiga kematian dilaporkan.

Menurut data di laman sesawang KKMNOW, kes baharu itu terdiri daripada 1,289 kes penularan tempatan dan dua kes import.

Angka ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di negara ini meningkat kepada 4,857,508 kes dan 36,406 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 21,863 kes masih aktif, termasuk 46 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 22 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 920 orang atau 4.2% menerima rawatan di hospital.

Seramai 1,592 pesakit dilaporkan sembuh.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.