Alamak, ada buaya di kolam. Nasib dapat kena tangkap. Kejadian di Keningau


Gambar hiasan

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya menangkap seekor buaya yang dilihat berada di tepi kolam di Kampung Titiku Pamalan di sini.

Ketua Operasi Koperal (PA) Azmir Yussof dalam satu kenyataan berkata pihaknya dimaklumkan berkenaan kejadian pada jam 1.05 petang dan menggegaskan sepasukan anggota ke lokasi.

“Pengadu berumur 43 tahun yang melihat buaya itu di tepi kolam kemudiannya membuat panggilan berikutan bimbang dengan keselamatan tujuh ahli keluarganya termasuk dua kanak-kanak.

“Skuad bertugas kemudiannya menyediakan pakaian kelengkapan diri (PPE) dan tali penjerut serta menilai tahap bahaya di lokasi sebelum mengesan buaya liar yang bersembunyi di dasar kolam,” katanya.

Menurutnya pihaknya bekerjasama dengan pasukan bomba mengesan buaya terbabit yang mengambil masa beberapa minit sebelum berjaya menangkap buaya berkenaan.

“Buaya liar berwarna hitam sepanjang kira-kira dua meter dengan berat mencecah 100 kilogram itu akan diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – Utusan Borneo





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *