Anwar Ibrahim Dilantik Perdana Menteri ke-10


KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, disahkan dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10.

Memertik laporan Sinar Harian, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Terdahulu, Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu telah diadakan hari ini di Istana Negara sebagai usaha Yang di-Pertuan Agong merungkai kemelut pembentukan kerajaan.

Perbincangan khas itu bertujuan membolehkan Al-Sultan Abdullah mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu dalam membuat keputusan mengenai pelantikan Perdana Menteri ke-10.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.