Ceramah di Bawah Bayu kongsi pengalaman orang bukan Cina belajar bahasa Cina –


KOTA KINABALU: Seramai 100 peserta menyertai Ceramah di Bawah Bayu anjuran Institut Konfusius, Universiti Malaysia Sabah (CI@UMS), di sini, baru-baru ini.

Menurut kenyataan CI@UMS, penganjuran ceramah secara dalam talian itu merupakan satu siri aktiviti kebudayaan sebagai platform kepada para pelajar dan penduduk tempatan Sabah memahami bahasa dan budaya Cina.

“Dalam ceramah ini, seorang guru Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) UMS,  Ernahwatikah Nasir dijemput sebagai penceramah bagi berkongsi pengalaman dan pengetahuan beliau.

“Yang menariknya, dia merupakan seorang guru bukan berketurunan Cina yang mengajar bahasa Mandarin di UMS,” demikian menurut kenyataan itu, hari ini.

Pada ceramah tersebut, Ernahwatikah telah berkongsi pengalaman mempelajari bahasa Cina sejak dari bangku sekolah rendah hingga ke universiti di China.

Beliau memperoleh ijazah sarjana muda dari Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (pengajaran bahasa Cina), dan ijazah sarjana dari Central China Normal  University  dalam bidang pendidikan Cina.

Selain itu, Ernahwatikah juga memberi petua mempelajari bahasa Cina dalam pengajaran bahasa Cina Han Yu Shui Pin Kao Shi (HSK).

Dalam pada itu, CI@UMS juga memaklumkan, mereka yang memiliki kelulusan HSK tahap tiga dan ke atas boleh memohon biasiswa Institut Konfusius melanjutkan pelajarannya di Universiti di China.

“Ceramah kali ini diharapkan dapat menarik minat lebih ramai warga Sabah agar mempelajari bahasa Cina bersama kami.

“Semangat dan kegigihan Ernahwatikah mempelajari bahasa Cina hingga ke peringkat Sarjana merupakan contoh terbaik khususnya dalam kalangan masyarakat bukan berketurunan Cina untuk mempelajari bahasa ini,” ujar kenyataan itu lagi.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.