Clerice Unduk Ngadau Kaamatan UPKO online 2021, Jaidijah juara sugandoi


KOTA KINABALU: Tati Clerice Olivia Augustine @ Justin, 24, mewakli UPKO Kota Marudu, dinobatkan Unduk Ngadau Kaamatan UPKO Online 2021.

Dengan kemenangan itu gadis manis yang berasal dari Kg.Pinatau Kota Marudu itu membawa hadiah wang tunai RM1,500 dan trofi.

Clerice Olivia turut memenangi Makeup Terbaik dan Most LIKE FB.

Naib Juara dimenangi oleh Tati Elsea Matiu (UN UPKO Kota Belud). tempat ketiga Tati Evian Verolia Ahajis (UN UPKO Kota Kinabalu). Mereka masing-masing menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 dan RM800 berserta tropi.

Elsea turut memenangi Prop Terbaik dan Evian Verolia dipilih sebagai penerima hadiah Hairdo Terbaik.

Manakala tempat keempat pula dimenangi oleh Tati Angelina Ka (UN UPKO Penampang), tempat kelima Tati Queency Isabelle Ladzrus (UN UPKO Beluran), keenam Tati Alyssa Natalia Stephen (UN UPKO Keningau) dan tempat ketujuh Tati Evycarla Carolyne Yusup (UN UPKO Ranau).

Sementara itu bagi Sugandoi Kaamatan pula, “Hiti Noh Maso Ku” lagu Debra Sia membawa tuah kepada Jaidijah Jaidi mewakili Bahagian UPKO Tenom apabila dinobatkan juara pertandingan itu yang disiarkan melalui Facebook UPKO Malaysia, kelmarin.

Naib Johan dimenangi oleh Hayden Hansannon Suimin mewakili UPKO Bahagian Papar dan tempat ketiga Alvein Dee Albenus (UPKO Bahagian Beluran).

Majlis perasmian Kaamatan UPKO Online 2021 disempurnakan Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau. – Nabalu News





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *