COVID-19 : Kes Jangkitan Harian Di Sabah Melebihi 300


KOTA KINABALU: Angka jangkitan harian Covid-19 di Sabah hari ini melonjak melepasi paras 300 dengan 315 kes dilaporkan hari ini, peningkatan 34 kes, berbanding 281 kes semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata kali terakhir kes harian melepasi paras 300 ialah pada 30 Mac lalu dengan 313 kes direkodkan.

Masidi yang juga jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah berkata lebih banyak daerah mencatatkan peningkatan kes baharu yang tinggi hari ini.

Antaranya Tuaran yang melaporkan 41 kes, Kota Kinabalu yang mencatatkan 84 kes, Putatan 26 kesn Sandakan 39 kes, Lahad Datu 11 kes dan Tenom 7 kes.

Katanya, hanya 3 daerah merekodkan penurunan ketara iaitu Penampang, susut 18 kes, Beaufort turun 9 kes dan Kunak, berkurangan 6 kes.

Masidi berkata 3 daerah iaitu Kunak, Pitas dan Tongod tidak mencatatkan sebarang kes positif baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu, berbanding hanya satu daerah sahaja semalam.

“Sebanyak 8 daerah mencatatkan kes dua angka dan 16 daerah mencatatkan kes satu angka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tiada kluster baharu dilaporkan hari ini.

Menurut Masidi, 309 daripada 315 kes yang direkodkan hari ini bersamaan 98.1 peratus
adalah dalam kategori 1 dan 2, iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan.

1 kes dalam kategori 3 (jangkitan atau
radang paru-paru tetapi tidak memerlukan bantuan oksigen), 4 kes dalam kategori 4 (jangkitan atau radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen), manakala 1 kes dalam kategori 5 (pesakit kritikal dan memerlukan bantuan alat pernafasan).





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.