FSSK Anjur Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Gabung Kepakaran Silang Disiplin Baharu


Fakulti Sains
Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Covid-19 pada 12 April
2021.

Pengerusi seminar Dr. Kee Sabariah Kee Mohd Yusof berkata seminar itu bertujuan mengupas isu dan cabaran dalam menguruskan sumber melalui pembentangan sembilan kertas kerja penyelidikan pensyarah.

“Seiring dengan
pembudayaan norma baharu, seminar ini telah diadakan secara atas talian
sepenuhnya.

Pengerusi seminar, Dr. Kee Sabariah

“Kesemua kertas
kerja yang dibentangkan merupakan hasil penyelidikan di bawah pembiayaan dana
penyelidikan COVID-19, SGI0111-2020 tajaan UMS,” katanya dalam satu kenyataan,
di sini.

Menurut Dr. Kee Sabariah, selain
pensyarah FSSK, pembentangan kertas kerja juga disampaikan pensyarah dari
fakulti lain.

“Ia bagi
merancakkan kajian silang disiplin dan memperkukuhkan lagi dapatan kajian dan
intervensi kelak.

“Secara
keseluruhannya, seminar ini adalah bagi meningkatkan keupayaan komuniti dalam
menghadapi normal baharu,” katanya.

Sementara itu,
Ketua Penyelidik Dr. Jurry Foo menyuarakan rasa syukur dan berpuas hati dengan
kualiti seminar dan penyertaan aktif daripada kira-kira 200 orang peserta.

“Kesemua peserta
yang terdiri daripada mahasiswa dan orang awam memberi maklum balas yang
positif.

“Kita juga
menerima beberapa cadangan daripada mereka yang akan direkodkan sebagai nilai
tambah dalam laporan dan perancangan bersama komuniti kelak,” katanya.

Seminar sehari itu
telah dibahagikan mengikut tema.

Bagi tema pemprosesan dan keselamatan makanan, ia telah disampaikan Dr. Mansoor Abdul Hamid dari Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) UMS dengan kertas kerja bertajuk “Pendekatan Moden Kemahiran Industri Makanan Tradisional untuk Persaingan Mampan.”

Pembentang dari FSMP UMS, Dr. Mansoor

Dalam tema yang
sama, Dr Jurry yang juga merupakan pensyarah FSSK dan Pengarah Pusat
Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar UMS turut membentangkan kertas kerja bertajuk
“Inovasi daripada Kearifan Tempatan”.

Tema pembangunan komuniti turut menjadi tumpuan melalui
kertas kerja bertajuk “Pembangunan Komuniti: Situasi
Menang-menang ketika Perintah Kawalan Pergerakan” oleh Dr. Jalihah Md. Shah.

Turut
membentangkann kertas kerja dalam tema ini ialah Pauline Yong dengan tajuk
“Resiprositi (Timbal-Balik) dan Kolaborasi Isi Rumah Komuniti Luar Bandar:
Strategi Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Covid-19.”

Dalam pada itu,
peranan media juga diangkat sebagai salah satu tema perbincangan seminar.

Sebanyak tiga
kertas kerja disampaikan Dr. Intan Soliha Ibrahim bertajuk “Radio Sebagai Alat
Pembangunan Komuniti Setempat”, “Kemiskinan Digital”, serta “Isu dan Cabaran
dan “Penggunaan Media Sosial dalam Memasarkan Produk Ketika Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP)”.

Turut menyampaikan
pembentangan dalam tema peranan media ini ialah Dr. Colonius Atang yang
berkongsi maklum balas komuniti menggunakan media sosial dalam pemasaran
produk.

Seminar tersebut turut menampilkan pembentang jemputan dari Universiti Tun Hussien Onn (UTHM) Dr. Umi Kartini Rashid dengan kertas kerja bertajuk “Covid-19 dan Inspirasi Usahawan Agrotani”.

Pembentang jemputan dari UTHM, Dr. Umi Kartini

Kertas kerja di
bawah tema yang sama juga dibentangkan oleh Pensyarah Kanan FSSK, Dr. Harifah
Mohd. Noor bertajuk “Kesediaan Norma Baharu Perniagaan Pengusaha Makanan PKS di
Sabah”.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *