HAMZAH UGUT TIDAK HANTAR PULANG PTI JIKA KALAH


PITAS: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau menyifatkan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berhubung penghantaran pulang pendatang tanpa izin (PTI).

Hamzah ketika berucap di Kiulu, baru-baru ini, seolah-olah mengugut untuk tidak menghantar balik PATI di Sabah jika Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kalah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

“Semasa berucap, dia katakan dia mempunyai kuasa menghantar PTI tapi kena menangkan Joniston dulu. Kalau Joniston kalah, buat apa hantar balik PTI dari Sabah.

“Menghantar balik PTI dari Sabah adalah salah satu kewajipan dan tanggungjawab beliau sebagai Menteri Dalam Negeri.

“Sekiranya orang asing yang tiada pasport atau pasport tamat tempoh, adalah menjadi tanggungjawab kepada KDN untuk mengusir mereka keluar,” katanya semasa berucap dalam Program Pemimpin Bersama Rakyat Bengkoka, di Kampung Mangkapon, di sini hari ini.

Beliau berkata, adakah itu bermakna jika Joniston Bangkuai tidak menang, Sabah akan terus dibanjiri PTI.

Madius berkata, jika menjadi kerajaan janganlah menjadi kerajaan yang bersyarat.

Jika ingin membantu menyelesaikan isu PTI di Sabah, selesaikan dengan sebaiknya kerana soal keselamatan memang tanggungjawab kerajaan persekutuan.

Madius berkata, Hamzah seolah-olah tidak ikhlas dalam membantu menyelesaikan isu PTI di negeri ini.

Katanya, parti Perikanan Nasional (PN) sebegini tidak layak mendapat sokongan dan undi rakyat.-http://beritasabah.com





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *