Hentikan Polemik Pertukaran Pengarah Kesihatan Negeri – Masidi


KOTA KINABALU: Polemik pertukaran Pengarah Pendidikan Negeri perlu dihentikan segera bagi memberikan fokus kepada usaha mengurus dan mengawal penularan wabak Covid-19 di Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, ketika jangkitan wabak Covid-19 ini sedang meningkat, pemimpin di Sabah harus memberi fokus kepada usaha menangani penularan wabak ini dan bukan mempersoalkan pertukaran pengarah.

Beliau berkata, peluang harus diberikan kepada Pengarah Kesihatan Negeri yang baharu iaitu Dr Rose Nani Mudin bagi membuktikan kemampuannya mengurus ancaman Covid-19 ini.

“Sama seperti peluang yang diberikan kepada Dr Christina Rundi suatu ketika dahulu. Kita harus memberi peluang kepada Dr Rose yang berasal dari Papar ini untuk menunjukkan sifat kewibawaan dalam mengendalikan pengurusan wabak Covid-19.

“Beliau (Dr Rose) juga mempunyai latar belakang dan kepakaran yang sama dengan Dr Christina.

“Sememangnya kerajaan amat menghargai dan mengiktiraf dedikasi Dr Christina dalam membantu mengawal penularan wabak Covid-19. Malah, kerajaan negeri juga sudah merayu agar Dr Christina dikekalkan kerana negara sedang berdepan ancaman pandemik Covid-19

“Bahkan saya sendiri menghubungi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan keputusan ini adalah di peringkat Ketua Setiausaha Negara yang melibatkan pergerakan pertukaran pegawai-pegawai tinggi kerajaan Pusat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, jika dilihat Dr Christina adalah salah seorang pegawai tinggi yg dikenal pasti berpotensi untuk memegang jawatan yang lebih tinggi di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Pertukaran beliau ke ibu pejabat KKM sebagai persediaan untuk mengisi salah satu jawatan penting pada akhir tahun ini apabila penyandangnya bersara.

Jadi, kerajaan negeri kena akur dengan hakikat bahawa setiap pegawai perkhidmatan awam tertakluk kepada pertukaran pada bila-bila masa untuk bertugas di tempat lain.

 





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *