Insiden tembak di masjid di Christrchurch: seorang rakyat Malaysia cedera

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) — Seorang rakyat Malaysia cedera dalam insiden tembakan di sekitar masjid di Christchurch, New Zealand, hari ini.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata mangsa yang cedera itu sedang menerima rawatan.

“Kami sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada semua pihak berkaitan,” katanya.

Sementara itu, dalam laman Facebook rasmi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di negara berkenaan meminta rakyat Malaysia menetap di New Zealand khususnya Christchurch agar memeriksa keluarga dan rakan jika tercedera atau terlibat dalam kejadian tembakan di sekitar masjid di Christchurch.

“(Orang ramai) boleh menghubungi Pesuruhjaya Tinggi di talian +64-210440188 atau +64220662118 atau e-mel kami di mwwellington@kln.gov.my. Sila ikuti arahan lanjut daripada pihak berkuasa dari semasa ke semasa,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dalam laman Twitter rasminya berkata rakyat Malaysia yang cedera itu dilaporkan stabil.

“Keadaannya stabil,” katanya ringkas.

Hari ini, media melaporkan berlaku insiden tembakan di dua masjid di Christchurch melibatkan beberapa orang awam.

— BERNAMA

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*