Jangkitan Covid-19 turun kepada 4,831 kes, 10 kematian –


Kes harian Covid-19 menurun sedikit kepada 4,831 kes semalam berbanding 4,896 kes sehari sebelumnya.

Sebanyak 10 kematian dilaporkan semalam, termasuk dua kematian di luar fasiliti kesihatan (BID), berbanding 12 kematian kelmarin.

Menurut data di laman sesawang CovidNow, kes baharu itu membabitkan 4,825 kes penularan tempatan dan enam kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,724,225 kes dan 36,066 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 46,081 kes aktif Covid-19, termasuk 60 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 40 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 96.4% atau 44,404 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 33 orang dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,584 orang atau 3.4% menerima rawatan di hospital.

Seramai 3,362 pesakit dilaporkan sudah sembuh.

Tiada kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan keseluruhannya kekal 7,051 kluster, dengan 26 daripadanya masih aktif.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.