JANGKITAN COVID MASIH TINGGI, PKPD DUA KAMPUNG DI LAHAD DATU DILANJUTKAN


KOTA KINABALU: Dua
perkampungan di Lahad Datu akan terus berada di bawah Pelaksanaan Perintah
Kawalan Diperketatkan (PKPD).

Kampung (Kg) itu ialah Kg Dasar Baru dan Kg
Desa Bajau, Lahad Datu yang sepatutnya dijadualkan berakhir pada hari ini.

PKPD di kedua-dua lokaliti itu akan
dilanjutkan selama 14 hari sehingga 29 Dis ini.

Lanjutan itu dilakukan berikutan tahap
risiko semasa penularan jangkitan Covid-19 di dua lokaliti berkenaan masih
tinggi.

Bilangan kes positif yang dikesan di
kedua-dua lokaliti  tersebut sebanyak 238 kes positif.

Perkara itu dinyatakan Menteri Kerajaan
Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun.

Pelaksanaan PKPD di kedua-dua lokaliti ini
bermula pada 2 Dis membabitkan seramai 4,934 orang penduduk.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *