Kalabakan Mula Keluar Dari Zon Merah


KOTA KINABALU: Kes positif Covid-19 yang dilaporkan di Sabah kekal menunjukkan trend penurunan dengan 532 kes positif dan enam kematian dicatatkan hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, dengan trend penurunan ini, tiada daerah yang mencatatkan kes tiga angka.

Daerah Kota Kinabalu kekal mencatatkan kes tertinggi dengan 74 kes, diikuti dengan Ranau 55 kes, Kota Belud 53 kes, Keningau 38 kes, Tenom dan Penampang masing-masing 34 kes.

Jika dilihat bermula Sabtu lalu, daerah Kalabakan mula beralih ke zon jingga, iaitu daerah yang mencatatkan kes aktif di bawah 40 kes.

Beliau berkata, daripada 532 kes positif Covid-19 hari ini, sejumlah 33.27 peratus dikesan daripada saringan bergejala dan ia menunjukkan kes-kes sporadik penentu besar kepada turun-naiknya jumlah kes harian di Sabah.

“Berdasarkan kes hari ini, kes yang berlaku dalam tempoh 24 jam lepas hanyalah 270 kes atau 50.75 peratus setelah ditolak kes lewat daftar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Masidi berkata, jika dilihat kes hari ini, sebanyak 303 kes membabitkan individu yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin.

Jumlah ini separuh daripada bilangan kes yang dilaporkan hari ini.

Saringan kontak rapat mencatatkan 291 kes positif dan ini menunjukkan masih terdapat kegagalan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan masyarakat.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *