Lelaki Hilang Ketika Memukat Ikan


BELURAN: Seorang lelaki dilaporkan hilang ketika memukat ikan di muara sungai di Kampung Obah, Paitan di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Macheal berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 1.53 petang.

Katanya sepasukan 5 pegawai dan anggota bersama sebuah bot dari BBP Beluran dikerah ke lokasi untuk gerakan mencari dan menyelamat (SAR).

“Bilik Kawalan BBP Beluran menerima panggilan kecemasan mengenai mangsa yang dikhuatiri hilang di muara sungai ketika memukat ikan.

“Pasukan bomba menjalankan operasi SAR dengan kaedah water surface menggunakan bot penyelamat di sekitar kawasan muara sungai,” katanya.

Edoen berkata mangsa belum dijumpai dan operasi ditangguhkan jam 5.45 petang dan akan disambung semula hari ini

Mangsa yang hilang dikenali Arasin Atang, 56 Tahun.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.