MADIUS PERSOAL KDN TIDAK TUNAI PEMINTAAN FILIPINA HANTAR RAKYATNYA BALIK


Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau mempersoalkan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang belum menunaikan permintaan Presiden Filipina Rodrigo Duterte untuk menghantar rakyatnya pulang ke Filipina.

Madius berkata, sepatutnya pihak kerajaan boleh menghantar balik kerana Filipina sudah bersedia menerima rakyat mereka.

“Saya telah bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN) tentang persoalan yang dibangkitkan oleh Presiden Republik Filipina, iaitu kenapa 3,000 hingga 7,000 rakyat Filipina yang berada di Sabah tidak dihantar balik sedangkan pihak kerajaan Filipina sudah pun bersedia menerima rakyat mereka.

“Menteri KDN menyatakan bahawa Pendatang Tanpa Izin (PTI) Filipina tidak dihantar balik kerana Sabah ini berada dalam keadaan Red Zone Covid-19. Jawapan ini bertentangan dengan keadaan dimana, Presiden Filipina yang meminta supaya rakyat mereka dihantar balik,” katanya.

Laporan akhbar pada 15 September lalu. Berita penuh klik https://bit.ly/361e7hL

Madius yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata demikian satu hantaran facebooknya, hari ini.

“Sebaliknya, pihak Kerajaan pula yang tidak mahu hantar. Jawapan yang diberikan Menteri KDN dan keadaan 3,000 hingga 7,000 rakyat Filipina yang “stranded” itu sangat mengelirukan.

“Saya berdiri di Dewan Rakyat mohon diberi peluang membuat soalan tambahan melalui pencelahan semasa Menteri KDN menjawab tetapi tidak diberi peluang.

“Yang menarik ialah, ada sepucuk surat daripada pelabuhan Sandakan dimana, pihak pelabuhan tidak membenarkan permohonan kemasukan sebuah syarikat perkapalan.

“Sedangkan inilah kapal yang sudah sekian lama memberi perkhidmatan untuk menghantar balik rakyat Filipina yang berstatus PTI,” jelas Madius.

Akhbar Berita Harian bertarikh 15 September lalu melaporkan Rodrigo Duterte merayu supaya Malaysia bertimbang rasa dan membantu menghantar pulang rakyatnya yang berada di Sabah. -https://beritasabah.com/





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *