PANDARAS SUMBANG 150 PAKEJ MAKANAN KEPADA GOLONGAN TERKESAN PKPB DI KEMABONG


TENOM: Persatuan Perpaduan Rumpun Etnik Sabah (Pandaras) menyumbangkan sebanyak 150 pakej makanan kepada golongan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)  pandemik Koronavirus (Covid-19) di Kemabong, di sini  baru-baru ini.

Presiden Pandaras, Jenuin Bungkak
berkata, bantuan tersebut disasarkan kepada golongan ibu tunggal, warga emas
dan golongan kurang upaya (OKU).

 “Sumbangan yang dinamakan sebagai Program
Pandaras Prihatin (Bantuan Covid) Fasa 1 ini merupakan inisiatif untuk
meringankan beban untuk mereka yang terkesan sepanjang PKPB.

“Walaupun tidak seberapa tapi kita
harap agar ini akan serba sedikit dapat membantu mereka meneruskan kehidupan
dengan bekalan makanan asas yang mencukupi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu
kenyataan media hari ini.

Jenuin berkata, pengagihan itu
dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Kita menyedari akan peri pentingnya
pematuhan SOP, justeru ia merupakan perkara yang amat dititikberatkan semasa
penyerahan pakej makanan ini.

“Kita juga telah berkesempatan untuk
menyampaikan sumbangan kepada petugas barisan hadapan di dua sekatan jalan raya
PKPB di Bamban Tenom dan di Jalan Tenom-Keningau,” katanya sambil
mengalu-alukan orang ramai untuk bersama-sama menjadi ahli Pandaras.

Hadir sama Timbalan Presiden Pandaras, Remzie Kisi serta Ahli Jawatankuasa Pelaksana Bantuan Prihatin. -https://beritasabah.com





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *