PEMIMPIN YANG BAIK ADALAH YANG MAMPU MENGEKALKAN KEPELBAGAIAN KAUM


KOTA KINABALU: Sebagai negeri yang unik dengan kepelbagaian etnik dan agama, Sabah berada di landasan yang betul di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Timbalan ketua menteri yang juga presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, berkata, seorang pemimpin yang baik adalah pemimpin yang boleh terus memimpin negeri dengan mengekalkan keharmonian dalam kepelbagaian kaum.

“Kita telah melihat bantuan diberikan merangkumi rumah-rumah ibadat termasuk gereja-gereja dan sekolah-sekolah mubaligh Kristian.

“Demikian juga rumah ibadat lain yang tidak pernah ditinggalkan dan turut diberikan perhatian. Ia termasuk juga Masjid dan Surau untuk rakan-rakan beragama Islam.

“Beginilah pemimpin yang kita perlu iaitu memperjuangkan semua pihak tanpa mengira kaum dan agama,” katanya menerusi hantaran di Facebook, baru-baru ini.

Madius berkata, Kerajaan Sabah yang dipimpin Shafie melakar satu sejarah buat Sekolah Menengah Advent Tamparuli apabila melancarkan Majlis Pecah Tanah bagi pembinaan Dewan Serbaguna sekolah berkenaan pada Ahad.

“Kehadiran disambut dengan begitu meriah sekali. Terima kasih, saya percaya bila siap nanti dewan ini akan memberi keselesaan untuk pelajar dalam melakukan aktiviti kelak,” katanya.-http://beritasabah.com





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *