PM belum pertimbang galas portfolio kewangan –


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau buat masa ini belum mempertimbangkan untuk menggalas portfolio kewangan, ketika sedang menentukan jawatan-jawatan utama dalam Jemaah Menteri.

“Kami akan meneliti semua kemungkinan, namun setakat ini saya belum mempertimbangkan (jawatan Menteri Kewangan),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Masjid Putra.

Anwar menjawab pertanyaan pemberita sama ada beliau juga akan memegang jawatan menteri kewangan. Beliau pernah menggalas portfolio itu dari 1991 hingga 1998, bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad.

Berhubung jawatan timbalan perdana menteri, Anwar mengesahkan akan menyerahkan ia kepada Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.