Polis Sabah sahkan S/U Politik bukan individu terlibat kes rogol

KOTA KINABALU, 9 Okt (Bernama) — Polis Sabah mengesahkan Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew iaitu Raymond Ahuar, bukan individu yang terlibat dalam kes rogol dua wanita warga Indonesia seperti yang didakwa oleh satu video klip yang tular di media sosial baru-baru ini. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata susulan satu laporan mengenai kes rogol pada 25 Sept lepas, pada hari berikutnya polis sudahpun menahan seorang suspek warga tempatan yang berumur 31 tahun yang bekerja sendiri, di Keningau. “Kita minta kepada semua pihak supaya tidak menyebar berita tidak betul, dan hentikan sebarang spekulasi,” katanya kepada pemberita[…]

The post Polis Sabah sahkan S/U Politik bukan individu terlibat kes rogol appeared first on Sabah News Today.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*