Polis tahan lelaki didakwa ancam bunuh Agong –


PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki yang didakwa memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Harian Metro melaporkan, lelaki berusia 30-an didapati menggunakan akaun Instagram untuk memuatnaik kandungan itu bersama foto Baginda.

Tangkapan layar kandungan itu turut tersebar di media sosial sebelum pihak berkuasa digesa mengambil tindakan terhadap pemilik akaun berkenaan.

Difahamkan, lelaki itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis di Kajang malam tadi.

Sementara itu, ketua polis Selangor akan mengeluarkan kenyataan selepas selesai proses reman terhadap lelaki berkenaan.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.