PTI PUTIH MATA APABILA DIBERKAS PPM SELEPAS BARU MENDARAT DI TAWAU


TAWAU : Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya
memberkas empat warga asing yang cuba masuk secara haram ke daerah ini.

Dalam Ops Gelora Khas di kawasan persisir
pantai Kampung Tawau lama kira-kira jam 7.30 malam itu, anggota PPM menerima
maklumat dan risikan berkaitan kemasukan pendatang tanpa izin (PTI) di lokasi
tersebut.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM
Tawau, Deputi Superintendan Polis Mohd Nazari Ismail berkata, atas maklumat
tersebut, sepasukan anggota PPM bertindak melakukan serbuan terhadap kesemua
PTI yang disyaki baru mendarat di kampung berkenaan.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota PPM
mendapati terdapat tiga lelaki berumur 31 hingga 41 tahun dan seorang wanita,
29, bersembunyi di dalam semak dipercayai sedang menunggu pengangkutan untuk ke
lokasi seterusnya.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati
kesemua mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan memasuki
perairan negara melalui laluan tidak diwartakan,” katanya dalam kenyataan
media, di sini.

Menurutnya, kesemua suspek ditahan dan
dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Tawau untuk pemeriksaan dan tindakan
lanjut.

“Kes tersebut disiasat mengikut
Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 dan jika sabit kesalahan boleh didenda
tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau
kedua-duanya sekali serta boleh dikenakan tidak lebih daripada 6 kali
sebatan,” katanya.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *