RAKYAT PERLU BANGKIT BERI MANDAT KEPADA WARISAN PLUS


TELUPID: Jangan beri ruang kepada parti Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan parti tempatan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), selain Warisan Plus.

Demikian peringatan diberi calon Calon parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telupid, Felix Joseph Saang kepada penduduk ketika kempen rumah ke rumah di Kampung Sinaputan, di sini, semalam.

Felix yang juga Ketua Bahagian UPKO Beluran dan Ketua Pemuda UPKO berkata, rakyat Sabah perlu bangkit dan memberi peluang kepada kerajaan pimpinan Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan UPKO untuk meneruskan agenda pembangunan di negeri ini.

Katanya, pelbagai taktik digunakan pihak lawan demi meraih sokongan pengundi pada PRN termasuk parti tempatan yang mengaku bukan daripada sekutu PN atau BN.

“Dalam PRN ini, sebenarnya bukan terlalu susah. Cuma ada dua pilihan.

“Satu blok ini sama ada PBS, UMNO, PCS, Bersatu, LDP, dia punya bos adalah sama, bertuankan Musa Aman (bekas ketua menteri, Tan Sri Musa Aman), Anifah Aman (bekas menteri luar, Datuk Seri Anifah Aman) atau Zahid Hamidi (Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi).

“Itu semua tipu. Orang Sabah bilang ‘tirik’ (trick) saja itu. Pusing macam mana pun, cerita akhirnya blok yang sama saja” katanya.

Felix berkata, kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal adalah lebih prihatin dengan dalam tempoh dua tahun banyak geran tanah diberikan di parlimen Beluran.

Di Telupid saja, katanya, kerajaan negeri sudah memberi 281 geran individu serta berjanji menyelesaikan pelbagai lagi isu dihadapi penduduk termasuk bekalan air.

“Justeru, kita perlu beri peluang kepada kerajaan diterajui Warisan dan UPKO untuk meneruskan agenda demi pembelaan rakyat,” katanya.-http://beritasabah.com





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *