SABAH CATAT SATU KES BAHARU DI BEAUFORT


KOTA KINABALU: Sabah hari ini mencatat satu lagi kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini sebanyak 341.

Statistik terbaharu yang dimuat naik Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung dalam Facebook beliau sebentar tadi menyaksikan pertambahan kes itu berlaku di daerah Beaufort.

Selain itu, tiada kes sembuh baharu dicatatkan hari ini dengan jumlah kes sembuh kekal sebanyak 304.

Ini bermakna jumlah kes aktif yang masih dirawat di Sabah ketika ini sebanyak 32, meningkat satu kes berbanding semalam.

Sementara itu, tiada kematian dicatatkan di Sabah, hari ini, dengan jumlah korban akibat Covid-19 di negeri ini kekal lima kes iaitu tiga kes berlaku di Kota Kinabalu manakala Tawau dan Tambunan masing-masing satu kes.

Sabah juga kini menjadi negeri ketujuh tertinggi mencatatkan Covid-19 di belakang Selangor yang mencatat sebanyak 1,730, Kuala Lumpur (1,681), Negeri Sembilan (792), Johor (670), Sarawak (545) dan Pahang (344).-http://beritasabah.com





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *