‘Samseng’ Jalan Raya Ditahan | Borneo Today


KOTA KINABALU: Perselisihan faham antara dua pemandu di jalan raya yang mencetuskan pergaduhan hingga menyebabkan seorang lelaki patah tujuh batang gigi berakhir dengan tangkapan suspek dalam kejadian tersebut.

Dalam laporan Borneo Today sebelum ini terdapat sedikit kesilapan.

Kejadian yang berlaku pada 29 Mac itu mengakibatkan pemandu kereta jenis Alza yang terlibat dalam pergaduhan itu yang ditahan polis dan bukannya pemandu kereta Honda seperti dilaporkan.

Dalam pergaduhan di lampu isyarat di Jalan Kolam pada 29 Mac itu, pemandu kereta jenis Alza, iaitu lelaki warga Filipina berusia 35 tahun itu ditahan di Kepayan bersama kenderaan dan cota yang dipercayai digunakan ketika pergaduhan berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji memaklumkan tangkapan itu dibuat susulan pergaduhan membabitkan suspek dan lelaki tempatan berusia 25 tahun.

“Kejadian disebabkan perselisihan faham di jalan raya dimana, ketika mangsa memandu keretanya dan secara tiba-tiba keretanya dipotong tanpa menggunakan ‘signal’ oleh suspek.

“Tidak berpuas hati dengan kejadian itu suspek bertindak keluar dari kenderaan dan memukul mangsa sehingga cedera parah. Mangsa (pemandu Honda) kemudian dikejarkan ke hospital dan mengalami patah tujuh batang gigi,” ujarnya.

BERITA BERKAITAN :-

Polis Tahan Lelaki Terlibat Pergaduhan Di Jalan Raya





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *