SHAFIE DEDAH KONTRAK TANAH 100 TAHUN DIBERI KEPADA KELUARGA MUSA


KUNAK: Presiden Warisan, Shafie Apdal, semalam, mendedahkan dua kontrak tanah milik Yayasan Sabah yang didakwa diberikan selama 100 tahun kepada ahli keluarga bekas ketua menteri, Musa Aman dan adiknya yang juga presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Anifah Aman.

Dakwa Shafie, tanah berkeluasan 11,000 dan 50,000 hektar yang terletak di Hutan Simpan Kalabakan diberikan kepada syarikat Jawala Plantation Sdn Bhd dan Rentak Hasil Sdn Bhd pada tahun 2015 dan 2018.

Katanya, dua syarikat itu mempunyai kaitan dengan keluarga Musa dan Anifah.

“Saya ketua menteri saya tahu apa terkandung dalam dokumen kerajaan ini, ini bukti dia bukan tiada bukti.

“Mahu saman saya saman, saya ada dokumen,” katanya.-http://beritasabah.com





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *