SIAP SIAPA PANTAU, KAWAL LORONG TIKUS PATIsa perlu sentiasa bersiap siaga dan menggandakan usaha memantau serta mengawal lorong tikus yang sentiasa digunakan pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk memasuki negara ini secara haram. Peringatan itu diberikan oleh Ketua Staf Bahagian Operasi Darat Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Senior Asisten Komisioner (SAC) M Chandra menerusi Majlis Penutupan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) di Dewan Felda Resort, Kalabakan, di sini, semalam. Chandra berkata, anggota penguatkuasa juga harus sentiasa menjaga imej dan integriti diri serta nama baik pasukan keselamatan. “Anggota penguatkuasa perlu mengekaj daripada terlibat dalam aktiviti rasuah dan penyelewengan yang boleh menghancurkan negara ini. “Semua elemen negatif ini perlu dijauhi kerana ia boleh merosakkan nama baik serta imej anggota penguatkuasa,” katanya. LDP adalah program anjuran ESSCOM dengan kerjasama Polis Bantuan Felda Sahabat berkaitan dengan integriti dan penguatkuasaan undang-undang. Program dihadiri 51 pegawai dan anggota penguatkuasa membabitkan Polis Bantuan Felda, petugas RCP Kalabakan, petugas rondaan sempadan daripada anggota tiger platun pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 dan anggota daripada Balai Polis Kalabakan. Ia bertujuan bertujuan menerapkan dan membudayakan nilai dan jati diri yang tinggi kepada setiap pegawai dan anggota penguatkuasa, selain mengelak daripada aktiviti rasuah dan salah guna kuasa. Sebanyak tiga slot ceramah telah disampaikan dalam LDP berkenaan yang disampaikan oleh wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ricard Hii Ding Ying; Timbalan Ketua Staf Operasi Darat ESSCOM, ACP Shivananthan dan Chandra.

TAWAU: Semua anggota penguatkuasa perlu sentiasa bersiap siaga dan menggandakan usaha memantau serta mengawal lorong tikus yang sentiasa digunakan pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk memasuki negara ini secara haram. …

Read More

Semua pusat akuatik dan kolam renang, sama ada kendalian kerajaan atau swasta di negeri ini, dibenarkan beroperasi bermula 1 Julai depan. Menteri Belia dan Sukan Sabah, Phoong Jin Zhe dalam kenyataan hari ini berkata, kebenaran itu adalah selaras dengan ketua menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang membenarkan kolam renang beroperasi selepas hampir empat bulan ditutup berikutan penularan wabak Covid-19. Bagaimanapun, katanya, kelonggaran itu hanya diberikan selepas semua pemilik, pengurus atau operator menyediakan kemudahan dan menyusun peralatan di premis masing-masing mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta kerajaan negeri. “Aktiviti sukan air dalam kolam renang yang dibenarkan ialah terjun dan menyelam dan ianya boleh membabitkan latihan, kompetitif, rekreasi mahupun riadah dan juga belajar berenang. “Bagaimanapun, semua pengunjung kolam renang perlu mematuhi SOP pendaftaran menerusi MySejahtera atau SabahTrace. Operator juga wajib menyediakan cecair pensanitasi tangan, pengimbas suhu tanpa sentuhan serta buku kehadiran di semua pintu masuk. “Setiap pengguna wajib mendapatkan bacaan suhu badan di mana mereka yang mencecah suhu 37.5°C ke atas adalah tidak dibenarkan sama sekali memasuki kawasan kolam renang,” katanya sambil menambah pengguna juga perlu membersihkan diri (siram badan) sebelum menggunakan kolam renang. Jin Zhe berkata, semua operator kolam renang perlu menyediakan peralatan nyah kuman untuk setiap sesi sebelum penggunaan, semasa dan selepas penggunaan serta setiap kali penggunaan. Katanya, pengguna pula tidak dibenarkan sama sekali untuk berkongsi botol air, tuala, goggles (cermin mata selam), kicking pad, topi renang, pengepit hidung, papan pelampung serta semua peralatan lain, di mana pengguna perlu menyediakan semua untuk keperluan sendiri. Di samping itu, operator perlu memastikan penggunaan bilik mandi atau persalinan dihadkan bilangan pengguna yang minima serta dibersihkan secara kerap. Untuk parameter dan nilai piawai bagi kualiti air adalah tertakluk kepada Garis Panduan Pemantauan Kualiti Air Kolam Renang yang terkini yang dikeluarkan oleh KKM serta pastikan ujian klorin air dalam kolam renang dilakukan sekali setiap dua jam operasi. Dalam aspek penjarakan sosial, pastikan penanda dan pandu arah yang jelas mengikut aktiviti statik pada jarak 1-3 meter dan aktiviti gerakan / dinamik pada jarak 3- 5 meter dalam kolam renang. Untuk penyampaian maklumat atau tunjuk ajar bagi program belajar berenang pula perlu dilakukan secara lisan tanpa melibatkan sentuhan fizikal (anggota badan) antara pelatih dan pengguna premis. Bilangan pengguna pada satu masa yang sama adalah tertakluk pada saiz premis untuk mengelakkan kesesakan. Semua pengunjung perlu memakai pelitup muka sepanjang masa kecuali semasa melakukan aktiviti latihan. Katanya, golongan berisiko tinggi seperti warga emas yang berumur 60 tahun ke atas, dan golongan kelainan upaya (OKU) adalah tidak digalakkan untuk menggunakan kolam renang buat sementara waktu ini. Kanak-kanak bawah umur 12 tahun juga tidak digalakkan mengunjungi kolam renang manakala bayaran transaksi tanpa sentuhan amat digalakkan. Jin Zhe turut mengingatkan agar kemudahan tambahan seperti sauna, jacuzzi dan lain-lain adalah tidak dibenarkan. “Sebarang aktiviti rekreasi atau riadah sampingan di sekitar kolam renang juga tidak dibenarkan. Ini termasuk penganjuran kejohanan dan pertandingan. “Kesemua SOP perlu juga mematuhi peraturan dan arahan semasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” jelasnya. Sebelum ini, pembukaan semula penggunaan kemudahan sukan dan peralatan dalam bangunan juga telah dibenarkan. Ia melibatkan gimnasium (latihan gimnasium, aktiviti aerobik dan zumba); tenpin boling, snuker dan biliard, serta pusat sukan elektronik. Turut dibuka adalah gelanggang dalam bangunan bagi badminton dan Tenis serta sukan ekstrem payung terjun, papan luncur, paramotor dan lain-lain. Kementerian turut memberi kelonggaran baharu untuk membenarkan pemain badminton dalam acara beregu.

KOTA KINABALU: Semua pusat akuatik dan kolam renang, sama ada kendalian kerajaan atau swasta di negeri ini, dibenarkan beroperasi bermula 1 Julai depan. Menteri Belia dan Sukan Sabah, Phoong Jin …

Read More