Tiada Perbincangan Bakal Pegang Jawatan Penting Dalam Kabinet – Shafie Apdal


KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal tidak mengesahkan khabar angin bahawa beliau bakal memegang jawatan penting dalam Kabinet pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd Shafie berkata, setakat ini beliau tidak mendengar apa-apa khabar mengenai pelantikan ke jawatan penting dalam kerajaan Persekutuan.

“Saya tidak dengar apa-apa. Saya masih belum bertemu dengan Datuk Seri Anwar, saya akan berjumpa dengan beliau pada minggu hadapan,” katanya ketika ditanya tentang khabar angin tentang tawaran jawatan penting dalam Kabinet Persekutuan yang bakal ditubuhkan tidak lama lagi.

Beliau berkata demikian selepas pembentangan Belanjawan Negeri 2023 di DUN Sabah semalam.

Ditanya tentang konflik Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diketuai oleh Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang menyokong Anwar Ibrahim.

Tapi, disisi lain pula, Bersatu yang berada dalam Perikatan Nasional (PN) pula memutuskan untuk kekal sebagai pembangkang untuk menjadi semak dan imbang kepada kerajaan.

“Saya tidak pasti ia betul atau tidak tapi, pengumuman yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presdien Bersatu itu telah ditularkan. Jadi, kita sendiri tidak pasti apa pendirian mereka,” katanya.

Walaupun di peringkat negeri mereka sahkan memberi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan namun, Presiden Bersatu bertindak sebaliknya.

Sokongan kepada kerajaan Persekutuan itu cukup baik jadi, biar sahaja mereka menyokong demi kestabilan kerajaan yang dinamakan Kerajaan Perpaduan.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.