Warisan Kota Kinabalu Mengagih Bantuan Kepada Warga Kota


SAMUEL

KOTA KINABALU: Warisan Kota Kinabalu telah mula membuat agihan bantuan makanan kepada warga kota di Kota Kinabalu.

Melalui sebuah kenyataan media yang dikeluarkan pada hari Khamis, Ketua Cawangan Samuel Wong berkata pihaknya telah menerima banyak aduan dari orang awam.

“Warisan sedang respon kepada aduan warga kota.”

“Warisan tidak mempunyai wakil rakyat di Kota Kinabalu, tetapi kami akan memainkan peranan proaktif untuk membantu Sabahans tanpa mengira kaum dan agama.”

Mengulas lebih lanjut, Samuel berkata Kota Kinabalu merupakan kawasan terpesat di Sabah, tetapi sentiasa terabai oleh kerajaan.

“Kota Kinabalu ialah kawasan terpesat di Sabah. KK juga tempat tinggal ratusan ribu rakyat Sabah. Kawasan bandar KK terdiri daripada Api-Api, Luyang dan Likas.”

“Malangnya, KK sentiasa terabai kerana anggapan kononnya orang KK semuanya hidup senang.”

“Hakikatnya semua pihak terkesan dengan pandemik dan PKP ini.”

“Jadi bantuan makanan yang diagih ini akan banyak membantu.”

“1,000 pek makanan yang diagih ini, kami harap dapat membantu warga kota mengharungi PKP ini.”

“Yang memerlukan bantuan boleh hubungi James (016-4027868), Samuel (014-6510943) ataupun Aidah (019-7137855).”





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *